Pengikut

Ahad, 26 Disember 2010

GELAS NESCAFE 4 SALE


Gelas nescafe untuk dijual.
Set 6 biji rm 30.00
Set sedozen rm50.00
(tak termasuk pos)
Ingin memiliki, sila sms 017~5914499. tq

Isnin, 20 Disember 2010

tureen wild roses













Inilah tureen pertama yang aku beli selama aku menjebakkan diri dalam hobi pml ni. Walau tak sehebat kepunyaan mereka, tak mengapa...inilah titik permulaan aku untuk memburu sang tureen pula.
Tureen yang bersaiz comel ni bermotifkan bunga wild roses di atas penutupnya manakala mangkuknya cuma berwarna putih polos. Berdiameter cuma 7" dilengkari rim keemasan yang masih jelas menambah seri sang tureen. Permukaan penutupnya berlekuk-lekuk menjadikannya nampak istimewa. Chop dibawahnya lambang crown, mungkin dari Jepun agaknya...KONECHIWA...
catatan~ info terbaru dari rakan-rakan mengatakan bahawa tureen ini adalah juga dipanggil 'pinggan taruna' yang mempunyai adik-beradik berlainan saiz. Ada kebenarannya sebab masa 'pinggan taruna ini aku jumpa, terdapat juga penutup serupa yg lebih kecil saiznya tapi pinggannya belum ditemui dan ku pasti ianya tersorok dimana-mana ruang di kedai antik itu....insyaallah moga ada rezekiku nanti...


Jumaat, 17 Disember 2010

Set jug 4 sale


Set ini popular sekitar tahun 70an. Berkeadaan
baik tanpa apa-apa kerosakan. Harga RM70.00
Jika ber minat utk memiliki sila sms 017-5914499 tq.

Selasa, 7 Disember 2010

KOTAK COKLAT OMPUTIH DULU







Kali nih aku nak kongsi sesuatu yang lain dari biasa...bukan pinggan, cawan atau teko tapi kotak. Bukan sembarangan kotak tapi kotak coklat berjenama nestle dan cadbury's tahun 50an tinggalan omputih dulu. Kuperolehi dari simpanan opahku...memang klasik dan cantikberbunga-bunga dan kotaknya sangat berkualiti walau dah dimamah masa.

Sabtu, 4 Disember 2010

sunquick punyer gelas...




Lain padang lain belalang so lain orang lainlah hobinya. Sedang mak-mak bonda sibuk mengumpul pinggan mangkuk antik ada gak segelintirnya minat mengumpul gelas atau cawan dari jenama minuman dan sebagainya...contohnya seperti gelas sunquick ini...