Pengikut

Sabtu, 23 April 2011

mug sakura kesayangan

as-salam kengkawan. Fb agak bosan arini, mungkin ramai yg kuar berhunting ke loken, amcorp dan sebagainyer menyebabkan fb
sepi...seperti mana minggu- minggu sebelumnyer pada setiap hari ahad. Jadi ada baiknyer aku update blog aku ni sebelum kerkulat, bersawang. Kali ni nak kongsi mug sakura yg aku dapat baru-baru ni...mulanyer dapat 2 biji, ramai pulak yg minta so tak sampai hati aku pun letgolah sebiji pada sorang rakan fb, jadilah aku simpan sebiji...tapi nak dijadikan cerita, aku dapat sebiji lagi keesokan harinyer. Memang kalo dah rezeki tak ke mana kata orang kan...tapi kali ni aku tak rasa nak letgo dah, biarlah aku simpan buat rete karun pulak...hehe. Bukan tujuan nak menunjuk-nunjuk yer, sekadar berkongsi info bahawa wujudnyer mug sakura yg macam ni so kawan-kawan yang minat bolehlah mula mencari....insyaallah lambat laun pasti berjumpa. Meh kita layan gambar mug sakura ni....

Ahad, 3 April 2011

set belang merah ~ set kedua yg lengkap.



As-salam rakan-rakan blogger dan silent reader yg sudi singgah disini. Walau tak pernah aku ucapkan tapi memang dalam hati aku ni aku amat menghargai kalian...Sekadar berkongsi kali ni aku nak paparkan pulak set belang merah ni yang aku kira dah lengkap kot...asalnyer aku dapat 2 biji pinggan makan dan 8 biji mangkuk dari opah tersayang. Terima kasih tak terhingga aku pada opah sebab percayakan aku untuk mewarisi pml warisan keluarga dimana menurutnyer set ini diturunkan padanyer oleh ibu saudaranyer. Oleh itu aku pun berjanji akan cuba melengkapkan set ini. Alhamdulillah...setelah berusaha mencari beberapa bulan akhirnyer semalam dah tertunailah janji aku....maka lihatlah dunia....(sambil pegang sugarpot, kononnyer award ler...) kikikih....