Pengikut

Selasa, 22 Februari 2011

sakura oh sakura

Siapa yang tak tertarik dan tertawan dengan kelembutan dan keanggunan bunga sakura pink...kebanyakan pengumpul pml memang sukakan sakura pink ini dan berlumba-lumba untuk memilikinya termasuklah aku sendiri. Setakat ni, ini sajalah set sakura yang aku ada. Sebiji teko aladin, 2 biji pinggan bujur 12' dan 5 pasang cawan dalam 2 jenis bentuk. Jenis A shape bunganya lebih mirip dengan teko aladin sebab kedua-duanya berdaun hijau manakala cawan yang satu lagi tu bunganya sama dengan pinggan bujur dimana daunnya berwarna kelabu. Tapi sekali pandang nampak sama saja. Asalkan sakura i like...tak kiralah apa pun rupanya. So jom kita layan je gambar-gambar ni sambil cuci mata~



















Khamis, 17 Februari 2011

yellow pink~ kegembiraan berganda


As-salam teman...belum habis rasa gembira aku aritu bila dapat teko bulat, arini aku dapat pulak teko...emmm..labu agaknyer. Sangat-sangat gembira hingga tak lena tido aku menanti ketibaan teko ni.
Teko ni tiba bertemankan 2 biji cawan mini yang memang set dia aku kira...maka bertambahlah lagi koleksi set yellowpink roses milikku..
Tak banyak yang nak aku perkatakan, layan jelah gambar-gambar yg ada yer...
Tq much-much pada kak Kay dari Kay Home Deko yang sudi memilih aku untuk menjadi tuan baru kepada teko yang cun-melecun ini...
adios..

Jumaat, 11 Februari 2011

Set yellow pink roses dah bersatu....


Dulu aku ada wat n3 tentang kesedihan
anak-anak yellow pink ni tanpa ibu. Tapi arini...n3 ni lain dari dulu, sangat sangat sangat hepiii....sebab ibu yellow pink yang didambakan sudah menjelma. Thank a lot to akaq Honeyz dari Johor yg sangat sangat sangat baik hati menemukan si anak dan ibu yellow pink ini.Lihatlah saje gelagat mereka....layanzzz....

5 ROSES~gembira bercampur sedey...

Dimana nak mulakan cerita ni?
aku pun tak tau...kenapa lak gembira bercampur sedey? tu ler aku nak cerita ni tapi yg gembira ke atau yg sedih dulu? huhu...memandangkan aku suka happy ending story so aku rasa lebih baik aku cerita yg sedey dulu, ok...sedey...bila kotak dibuka, sedang aku hepi membelek apa isi perut kotak tu tetiba...
alamak!...ada yg berderai rupanyer...
sebiji cawan dan 2 biji mangkuk yg memang comey.
adoyai, sayangnyer..



Aku cuba gak nak selamatkan...walau pun kemalangan ni bole dikategorikan kemalamgan ngeri..bukan senang beb nak dapat barang 5 roses nih. Dengan penuh kasih sayang aku pun mencantum satu persatu cebisan kaca tu dengan menggunakan gam UHU. Jadi ler camni...



















Sekali pandang nampak ok gak....















Akhirnyer dapat gak ler d'orang ni berposing bersama kaum kerabatnyer. Nak wat display bole ler sementara nak dapatkan pengganti yg baru. Bukan senang nak dapat pun. Entah bila ler boleh dapat. Bila dah berposing ramai-ramai nampak ok jer. Sekali pandang tak perasan pun...














Thanks a lot to akaq Honeyz yg sudi menyerahkan set ini pada ain dan sudi menghadiahkan ain 2 biji mug itu sebagai tanda perkenalan....moga murah rezeki akaq yer....

Jumaat, 4 Februari 2011

set buluh geisha

Set geisha buluh emas ni memang dah begini seadanyer masa ku beli dari dik xana di mudah.com. sepatutnyer ada cukup 4 biji cawan tapi dah terpecah masa sedang di bungkus oleh seller. piring pun sepatutnyer ada 4 biji tapi dah tertinggal sebiji dan akan menyusul kemudian...sian dia terpaksa travel sendirian.

Ramai kolektor yg dah ada set ni, aku jer yang baru nak kumpul. Bukan apa, dulu duk sibuk ngan bunga-bunga so skrg ni tibalah masa nak bertukar angin pulak..tapi orang perempuan ni mana boleh dipisahkan dari bunga kan? hee..

insyaallah lepas ni nak kumpul 5 roses pulak.