Pengikut

Ahad, 26 Disember 2010

GELAS NESCAFE 4 SALE


Gelas nescafe untuk dijual.
Set 6 biji rm 30.00
Set sedozen rm50.00
(tak termasuk pos)
Ingin memiliki, sila sms 017~5914499. tq

Isnin, 20 Disember 2010

tureen wild roses













Inilah tureen pertama yang aku beli selama aku menjebakkan diri dalam hobi pml ni. Walau tak sehebat kepunyaan mereka, tak mengapa...inilah titik permulaan aku untuk memburu sang tureen pula.
Tureen yang bersaiz comel ni bermotifkan bunga wild roses di atas penutupnya manakala mangkuknya cuma berwarna putih polos. Berdiameter cuma 7" dilengkari rim keemasan yang masih jelas menambah seri sang tureen. Permukaan penutupnya berlekuk-lekuk menjadikannya nampak istimewa. Chop dibawahnya lambang crown, mungkin dari Jepun agaknya...KONECHIWA...
catatan~ info terbaru dari rakan-rakan mengatakan bahawa tureen ini adalah juga dipanggil 'pinggan taruna' yang mempunyai adik-beradik berlainan saiz. Ada kebenarannya sebab masa 'pinggan taruna ini aku jumpa, terdapat juga penutup serupa yg lebih kecil saiznya tapi pinggannya belum ditemui dan ku pasti ianya tersorok dimana-mana ruang di kedai antik itu....insyaallah moga ada rezekiku nanti...


Jumaat, 17 Disember 2010

Set jug 4 sale


Set ini popular sekitar tahun 70an. Berkeadaan
baik tanpa apa-apa kerosakan. Harga RM70.00
Jika ber minat utk memiliki sila sms 017-5914499 tq.

Selasa, 7 Disember 2010

KOTAK COKLAT OMPUTIH DULU







Kali nih aku nak kongsi sesuatu yang lain dari biasa...bukan pinggan, cawan atau teko tapi kotak. Bukan sembarangan kotak tapi kotak coklat berjenama nestle dan cadbury's tahun 50an tinggalan omputih dulu. Kuperolehi dari simpanan opahku...memang klasik dan cantikberbunga-bunga dan kotaknya sangat berkualiti walau dah dimamah masa.

Sabtu, 4 Disember 2010

sunquick punyer gelas...




Lain padang lain belalang so lain orang lainlah hobinya. Sedang mak-mak bonda sibuk mengumpul pinggan mangkuk antik ada gak segelintirnya minat mengumpul gelas atau cawan dari jenama minuman dan sebagainya...contohnya seperti gelas sunquick ini...

Sabtu, 20 November 2010

si rosa milikku kini...

Salam hujung minggu rakan-rakan blogger.
Kali ni aku nak kongsi set j&g meakin rosa
yang baru ku miliki... tak beli pun...tapi pemberian ibu tersayang. Set ni al-kisahnya
dibeli oleh opah untuk makan beradap majlis perkahwinan ibuku dulu...selepas majlis tu set ni hanya jadi penghias gobok jer tak pernah digunakan atas alasan terlalu berat untuk basahan. Bagus gak...heee..akhirnya jadi milikku jua! Akan ku simpan baik-baik dan
akan ku tempatkan di tempat yang
istimewa seistimewa sejarah kewujudannya...


Rabu, 22 September 2010

TERMOS NASI 60'AN

Termos nasi era 60'an ini masih dalam keadaan baik. Tingginya dalam 10 inci. sticker kertasnya masih terlekat elok dgn gambar gunung tertulis "shanghai mountain". Dibawahnya pula ada embross tulisan" made in china". HP NO 017-5914499 harga~ anda boleh buat tawaran!














FOR SALE GELAS ANTIK




CUMA ADA SEPASANG..SANGAT ISTIMEWA SEBAB BUNGA DI DEPAN DAN BELAKANG BERLAINAN WARNA. SANGAT RINGAN SEBAB KACANYA TIPIS. KELUARAN LEWAT 50'AN. MEMANG COMEL UNTUK DISPLAY.. HARGA: RM30.00 sepasang HP NO 017-5914499

GELAS ANTIK BULUH PERINDU

assalamualaikum sume rakan blogger serta peminat pinggan mangkuk antik. Kali ni saya nak
perlihatkan pada rakan-rakan gelas antik milik keluarga saya yang kini menjadi koleksi milik saya. Kalau blogger lain ada set cawan buluh, saya ada gelas buluh...hehehe..di mata saya gelas ni memang comel bentuknya dengan bibirnya bergincu keemasan. kacanya tipis menjadikannya sangat ringan. Di sebelah pohon buluh tu terdapat pula dahan seakan pohon sakura yang dihinggapi seekor burung yang sedang bersiul riang...indah bukan?...kreatif betul orang dulu-dulu berimaginasi....tak pasti lak sama ada gelas ni buatan mana..




Selasa, 21 September 2010

BALANG ANTIK 50'AN


BAGAI ORANG NGANTUK DISORONGKAN BANTAL BILA MAK SURUH AMIK BALANG-BALANG NI. BALIK DARI KG RAYA ARITU BONET KETA AKU MEMANG PENUH DENGAN BARANG-BARANG KACA. SUSPEN GAK TAKUT KALO ADA YANG BERDERAI DALAM PERJALANAN TAPI ALHAMDULILLAH SUMER SELAMAT..NASIB BAIK GAK KETA TAK MERAGAM SEPANJANG PERJALANAN BAWA BEBAN BERAT. BALANG NI AKU ISIKAN DENGAN BABY KRYSTAL NAMPAK CANTIK LAK. KALO DULU DUDUK DI CERUK STOR SKRG MEGAH DUDUK DI RUANG TAMU RUMAHKU...UP SIKIT!! NAIK TARAF...

MANGKUK CUCI TANGAN 50'AN

MANGKUK CUCI TANGAN NI OPAH BELI 2 SET UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN MAK DAN AYAH AKU DULU. TAPI ARITU AKU CUMA JUMPA 1 SET JER, MUNGKIN TERSOROK DIMANA-MANA KUT. LAIN KALI BALIK KG CARI LAGI. KALAU BUKAN AKU YANG AMIK SAPE LAGI...AKU CUMA 2 BERADIK JER, ADIK TAK MINAT BARANG LAMA.


KOLEKSI KESAYANGAN KU, DAHLIA PINK

SET DAHLIA PINK NI DAH LAMA AKU DOK BERKENAN TERSIMPAN ELOK DALAM GOBOK ANTIK OPAH. AKHIRNYA DAPAT JUGAK AKU ANGKUT BAWA BALIK KE UMAH AKU DI T'GANU DAN TEMPATNYA AKU GANTIKAN DENGAN SET CAWAN BARU...OPAH TAK KESAH PUN, MAKLUMLAH..CUCU KESAYANGAN LER KATAKAN...HEHEHE..PASNI AKU NAK CARI LER PULAK KAUM KERABAT DAHLIA NIH,,ADA SESAPE NAK LETGO TEKO ATAU PINGGAN MANGKUK BUNGA DAHLIA PINK??




FOR SALE BALANG 60'AN

BALANG CEREBOS SALT MADE IN ENGLAND 60'S. DALAM KEADAAN BAIK, BERTUTUP SPT DALAM GAMBAR. BERMINAT SILA SMS SAYA 017-5914499 SILA BUAT TAWARAN HARGA YANG BERPATUTAN





Sabtu, 4 September 2010

salam 25 ramadan

Salam 25 Ramadan buat sumer rakan-rakan blogger dan pengunjung-pengunjung blog saya. Dah lama saya tak n3 kat sini tapi tak bermakna saya tak mengikuti blog rakan-rakan lain. Bukan apa, cuma bulan pose ni agak malas sikit..Yelah, asal petang je, sibuk pikir resepi apa nak masak. Kalau masak resepi yang sama mulalah anak-anak komplen. Komplen d'org kena diamik kira jugak sebab d'org pose, sian lak...Kali ni saya tak nak citer pasal pinggan mangkuk antik tapi pasal barang-barang antik yang ada dalam simpanan sekian lama. Rasanyer dah malas nak simpan lagi so kita tengok-tengok dulu pastu kalau berminat untuk memiliki bolehlah hubungi saya. Buat sumer pengunjung dan blogger, kak yah, yatt,mas, megat kak ida,kak ana,hanita dan lain-lain yg tak dapat disebut disini,..SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN.

GAMBAR AGONG KE3

FOR SALE!!! RM 80.00 termasuk penghantaran


Aritu masa menyelongkar lemari opah terjumpa lak gambar ni terselit kat celah-celah lipatan kain lama. Opah pun tak ingat dari mana datangnyer gambar ni. tapi yang pasti ini gambar agong yang ke3, sultan perlis.Tercatat tahun 1961. barang sape yang mungkin dari kerabat perlis yang nak menyimpan buat kenangan, silalah sms saya di talian hayat 017-5914499

Khamis, 12 Ogos 2010

JALAN-JALAN CUCI MATA




Assalamualaikum dan salam Ramadhan sumer rakan-rakan blog terutamanya follower blog saya. Maaf ye agak lama gak saya tak update blog ni.Bukan apa cuma saya sibuk berpindah rumah. Kalau dulu saya di Perak sekarang saya dah berada di Terengganu. Masa tengah menyusun set bunga kangkung ni terfikir lak apa salahnya snap sikit gambar,boleh gak kita sama-sama cuci mata...takde niat nak menunjuk tau, jangan salah sangka lak yer. Layannnn...




Jumaat, 23 Julai 2010

Pagi tadi masa kemaskan almari lama terjumpa pulak beberapa pinggan dan piring ni yang entah camana leh tersesat takde sedara maranya.Agaknya sesedara lain dah abeh pecah kut. Malas lak nak simpan, so sape yang berminat boleh ler calling-calling kite kat no ni...017-5914499 sms pun ok gak.

Khamis, 22 Julai 2010

SALAM PERKENALAN SUME...

ini n3 saya yang pertama jadi tak koleksi pun tak seberapa...baru nak cuba-cuba hobi baru walaupun dah lama ikuti blog mat gebu, yatt,rohas dan banyak lagi tapi in silent jer...lama-lama jadi minat lak.