Pengikut

Selasa, 29 November 2011

akhirnya kini pasti...

Alhamdulillah akhirnya set cawan warisan kuarge yg dah 50 tahun usianya ini dapat ku lengkapkan bila aku berjaya mendapatkan tekonya. Dah lama mencari sejak set cawan ini berada ditangan ku, beberapa kali kecewa kerana terlepas ke tangan kolektor lain akhirnya kini pasti !!!...hepi sangat2. Tq kgee dan bro Tajudin yg sudi melepaskannya pada ku.


Sebenarnya aku pun tak pasti nama sebenar motif bunga ni...ada yang kata kekwa, ada yang kata bunga cina. Apa pun namanya yang penting bunga ni memang menawan dimata ku. Melihat set ni sudah beribu boleh buat aku tersenyum sepanjang hari...kalo ada rezeki mungkin akan bertemu pula dengan sugarpot dan creamernya...











Ahad, 27 November 2011

FOR SALE~ teko aladin sweetroses (made in china)


SOLD! SOLD! SOLD! TQ



Teko aladin sweetroses ni sgt cantik. Kondisi serperti baru dan gold rimnya masih terang.
Dijual dengan harga RM150.00. Jika berminat silalah hubungi ain di no hp: 017-5914499. tq

FOR SALE~ teko aladin sakura

Teko aladin sakura ni dalam kondisi yg baik. Tiada retak atau sumpek. Dijual dengan rege RM170.00 . Jika berminat silalah hubungi ain di no hp 017-5914499. tq

SOLD! SOLD! SOLD! TQ

Sabtu, 26 November 2011

FOR SALE~ astray bunga kangkung

Dalam banyak2 barangan bunga kangkung keluaran tahun 60an, antara paling sukar untuk ditemui sekarang ni adalah astray ini. Sudah boleh dikira antik kerana umurnya yg mencecah lebih 50 tahun. Mungkin dah hampir pupus kerana pecah agaknya. Kalau berminat disini ada beberapa biji untuk dijual. Keadaan baik NOS belum pernah digunakan. Hubungi Ain di no: 017-5914499. tq.

8 PCS ALL SOLD!!! TQVM




































Jumaat, 25 November 2011

FOR SALE~ teko twin roses






SOLD! SOLD! SOLD! TQ.


Teko twin roses ni dalam keadaan baik, tiada cacat celanya. Dijual dengan harga rm80.00. Jika berminat sila sms atau kol ajer ke 017-5914499. tq

Isnin, 21 November 2011

eNaMeL...satu kegilaan baru!!!




assalam rakan2 blogger dan teman2 sehobi...kali ni ain nak share cabang hobi baru ain mengumpul barangan enamel lama. Bermula dengan sebiji tiffin dan sebiji teko yg ain dapat kat kedai apek terus hati terpanggil untuk mengumpul barangan enamel. Tak mahu keseorangan, ain cuba buat grup 'PENGUMPUL ENAMEL LAMA' di fb...alhamdulillah tak disangka2 ramai rupanya rakan2 yg sealiran dan sama minat. Dari situ bermulalah pulak pembelian melalui on9 yg cukup membuat poket ain koyak rabak! hahaha...mana tak nyer asyik geram jer tengok koleksi kawan2 mulalah tak senang duduk nak cari juga...ikutkan hati sume pun nak...kat sini ain sajer nak share sebahagian dari koleksi ain yg ada...so layan jelah yer...mana tau lepas tengok gambar2 ni mana yg belum minat jadi terrrminat lak...hehe..layanzzz...