Pengikut

Isnin, 20 Disember 2010

tureen wild roses













Inilah tureen pertama yang aku beli selama aku menjebakkan diri dalam hobi pml ni. Walau tak sehebat kepunyaan mereka, tak mengapa...inilah titik permulaan aku untuk memburu sang tureen pula.
Tureen yang bersaiz comel ni bermotifkan bunga wild roses di atas penutupnya manakala mangkuknya cuma berwarna putih polos. Berdiameter cuma 7" dilengkari rim keemasan yang masih jelas menambah seri sang tureen. Permukaan penutupnya berlekuk-lekuk menjadikannya nampak istimewa. Chop dibawahnya lambang crown, mungkin dari Jepun agaknya...KONECHIWA...
catatan~ info terbaru dari rakan-rakan mengatakan bahawa tureen ini adalah juga dipanggil 'pinggan taruna' yang mempunyai adik-beradik berlainan saiz. Ada kebenarannya sebab masa 'pinggan taruna ini aku jumpa, terdapat juga penutup serupa yg lebih kecil saiznya tapi pinggannya belum ditemui dan ku pasti ianya tersorok dimana-mana ruang di kedai antik itu....insyaallah moga ada rezekiku nanti...