Pengikut

Selasa, 22 Februari 2011

sakura oh sakura

Siapa yang tak tertarik dan tertawan dengan kelembutan dan keanggunan bunga sakura pink...kebanyakan pengumpul pml memang sukakan sakura pink ini dan berlumba-lumba untuk memilikinya termasuklah aku sendiri. Setakat ni, ini sajalah set sakura yang aku ada. Sebiji teko aladin, 2 biji pinggan bujur 12' dan 5 pasang cawan dalam 2 jenis bentuk. Jenis A shape bunganya lebih mirip dengan teko aladin sebab kedua-duanya berdaun hijau manakala cawan yang satu lagi tu bunganya sama dengan pinggan bujur dimana daunnya berwarna kelabu. Tapi sekali pandang nampak sama saja. Asalkan sakura i like...tak kiralah apa pun rupanya. So jom kita layan je gambar-gambar ni sambil cuci mata~