Pengikut

Rabu, 26 Januari 2011

sweety pink rose dah berteman..


sweety pink rose (nama yang aku beri sendiri ikut sedap tekak jer). Dulu cawan ni aku dapat dari bro shariff sebanyak 6 biji...atas kecuaian diri sendiri sebiji telah berkecai (dah gam balik tapi emm...) tinggal 5 biji yang masih cun-melecun. Baru ni dapat lak 4 biji piring yang aku rasa boleh mecing ngan cawan ni walaupun bukan set dia yang sebenar.
Bila dikawinkan....wah sekali pandang nampak cam real jer...hah! maleh nak cakap banyak kang orang kata perasan sediri lak..hehe..layan aje lah..

Jumaat, 14 Januari 2011

anak si yellow pink mencari ibu tempat bermanja

Dimanakah agaknya ibu kami...agaknya itulah yang ditanyakan oleh anak-anak yellow pink ini setiap hari. Takpe sabar yer anak-anak, suatu hari pasti kan ketemu ibu kamu...sementara itu cuba kita lihat wajah comel anak-anak yang tak beribu ini...moga ada yang mengasihani.....huhu..

















Rabu, 12 Januari 2011

kekwa pink daun hijau

Dulu aku dah penah wat n3 tentang set cawan ni tapi masa tu cuma ada 6 biji cawan dan 5 biji piring alasnya. Sekarang ni....teng teng teng....dah membiak set kekwa pink daun hijau ni yang dulunya aku panggil dahlia pink. 3 biji mangkuk bubur aku jumpa di blog Arina collection, piring alas cawan yg tak cukup sebiji tu dah aku temui, rupanya bersembunyi di umah mak jah. Terima kasih mak jah. Manakala 3 biji piring yang agak unik sebab bunganya berada di tengah telah ku rembat dari mudah.com. Maka dengan itu telah berkembanglah taman kekwa pink aku....entah bila dapat ku temui teko dambaan hati si kekwa pink ini...biar masa menentukan. So buat
sementara ini kita layan jelah setakat mana
koleksi ada yer....

Isnin, 10 Januari 2011

ibu seashell berpoligami






Wah! gempak semalaya mak bonda bila dengar isu poligami nih...hehehe.. bukan aku tapi si aladin seashell nih. Dulu ibu seashell hijau gelap beranak empat ni tak punya saingan dalam merebut kasih sayang aku tapi kini terpaksalah berkongsi kasih sayang dengan si ibu seashell hijau muda yang kini beranak kembar dua. Cepat betul dia beranak...hehe..subur agaknya.. meh kita layan kerenah si ibu dan anak-anaknyer....zazzzzz.....

Khamis, 6 Januari 2011

BIG ROSE...idaman semalaya

Pertama kali terlihat big rose ini hati dah terpaut dek keindahan rupa dan warnanya yang jelas. Terima kasih pada insan itu yang memperkenalkan aku dengan big rose ini dan seterusnya memberi peluang untuk aku memiliki cawan-cawan yang cantik dan indah itu. Terima kasih ku ucapkan. Rezeki terus memihak pada aku bila perlawaan aku disambut baik untuk berbarter oleh seorang teman di fb yang membolehkan aku memiliki pula teko big rose yang kuidamkan.
Manakala teko kecil dan comel itu aku dapat semasa online sehingga lewat malam...mujur juga mataku tidak mengantuk pada malam tu, kalau tidak dah tentu melepas... so layan jer lah koleksiku ini...adios..

koleksi BK yang kumiliki...

Setiap peminat PML pasti tidak terlepas dari memiliki koleksi BK ni, begitu jugak aku walaupun tidak semabeles koleksi otai-otai...takde apa yang nak diceritakan lagi tentang koleksi BK ni sebab semuanyer dah sedia maklum bahawa BK adalah koleksi yang paling populezz...so layanzzz je lezzzz......




















Sabtu, 1 Januari 2011

teko buluh coklat/kelabu


Salam tahun baru pada semua peminat PML. Seperti biasa apabila tiba tahun baru pasti kita akan ditanyakan dengan soalan, 'apakah azam tahun baru kita'.
Haa..menjawab kepada soalan ini aku dengan mengumumkan bahawa azam aku tahun ni nak kumpul set-set yang bermotifkan buluh, pohon kelapa dan pemandangan pulak.
Set-set bunga yang sedia ada cuma akan dilengkapkan saja. Buat permulaan tahun 2011 ini, inilah teko pertama bermotifkan buluh yg aku miliki. Dan pasti akan ada yang seterusnya. Kita tunggu dan lihat saja nanti yer...