Pengikut

Selasa, 22 Mac 2011

set dari japan...tak glamer tapi i like...


Sebelum ni aku penah tengok set macam ni dalam blog Kak Nannie, menarik walaupun tak ramai yang suka set sebegini...maklumlah tak glamer macam motif ros-ros mekar yang berwarna-warni yang menjadi kegilaan mak bonda sume. Tapi aku tetap suka sebab ianya unik dan usia set sebegini memang dalam ketegori antik sebab dari sumber yang boleh dipercayai, set sebegini adalah keluaran tahun 40an. Nak dijadikan cerita atau mungkin dah rezeki aku agaknyer aku ternampak teko ni dalam blog Paklang dan terus sambar...kemudiannyer terjumpa pulak si tureen ciconi tu kat sebuah kedai antik di K.T, hepi sangat. Tureen yang kedua pula adalah pemberian ikhlas dari Bro Lop semasa pertemuan di Ipoh tempohari. Asalnyer nak beli tapi dah dia kasi sebagai tanda perkenalan, aku terima sajer...tq bro. Layanzz....