Pengikut

Rabu, 12 Januari 2011

kekwa pink daun hijau

Dulu aku dah penah wat n3 tentang set cawan ni tapi masa tu cuma ada 6 biji cawan dan 5 biji piring alasnya. Sekarang ni....teng teng teng....dah membiak set kekwa pink daun hijau ni yang dulunya aku panggil dahlia pink. 3 biji mangkuk bubur aku jumpa di blog Arina collection, piring alas cawan yg tak cukup sebiji tu dah aku temui, rupanya bersembunyi di umah mak jah. Terima kasih mak jah. Manakala 3 biji piring yang agak unik sebab bunganya berada di tengah telah ku rembat dari mudah.com. Maka dengan itu telah berkembanglah taman kekwa pink aku....entah bila dapat ku temui teko dambaan hati si kekwa pink ini...biar masa menentukan. So buat
sementara ini kita layan jelah setakat mana
koleksi ada yer....

Isnin, 10 Januari 2011

ibu seashell berpoligami






Wah! gempak semalaya mak bonda bila dengar isu poligami nih...hehehe.. bukan aku tapi si aladin seashell nih. Dulu ibu seashell hijau gelap beranak empat ni tak punya saingan dalam merebut kasih sayang aku tapi kini terpaksalah berkongsi kasih sayang dengan si ibu seashell hijau muda yang kini beranak kembar dua. Cepat betul dia beranak...hehe..subur agaknya.. meh kita layan kerenah si ibu dan anak-anaknyer....zazzzzz.....

Khamis, 6 Januari 2011

BIG ROSE...idaman semalaya

Pertama kali terlihat big rose ini hati dah terpaut dek keindahan rupa dan warnanya yang jelas. Terima kasih pada insan itu yang memperkenalkan aku dengan big rose ini dan seterusnya memberi peluang untuk aku memiliki cawan-cawan yang cantik dan indah itu. Terima kasih ku ucapkan. Rezeki terus memihak pada aku bila perlawaan aku disambut baik untuk berbarter oleh seorang teman di fb yang membolehkan aku memiliki pula teko big rose yang kuidamkan.
Manakala teko kecil dan comel itu aku dapat semasa online sehingga lewat malam...mujur juga mataku tidak mengantuk pada malam tu, kalau tidak dah tentu melepas... so layan jer lah koleksiku ini...adios..