Pengikut

Jumaat, 4 Februari 2011

set buluh geisha

Set geisha buluh emas ni memang dah begini seadanyer masa ku beli dari dik xana di mudah.com. sepatutnyer ada cukup 4 biji cawan tapi dah terpecah masa sedang di bungkus oleh seller. piring pun sepatutnyer ada 4 biji tapi dah tertinggal sebiji dan akan menyusul kemudian...sian dia terpaksa travel sendirian.

Ramai kolektor yg dah ada set ni, aku jer yang baru nak kumpul. Bukan apa, dulu duk sibuk ngan bunga-bunga so skrg ni tibalah masa nak bertukar angin pulak..tapi orang perempuan ni mana boleh dipisahkan dari bunga kan? hee..

insyaallah lepas ni nak kumpul 5 roses pulak.

Rabu, 26 Januari 2011

sweety pink rose dah berteman..


sweety pink rose (nama yang aku beri sendiri ikut sedap tekak jer). Dulu cawan ni aku dapat dari bro shariff sebanyak 6 biji...atas kecuaian diri sendiri sebiji telah berkecai (dah gam balik tapi emm...) tinggal 5 biji yang masih cun-melecun. Baru ni dapat lak 4 biji piring yang aku rasa boleh mecing ngan cawan ni walaupun bukan set dia yang sebenar.
Bila dikawinkan....wah sekali pandang nampak cam real jer...hah! maleh nak cakap banyak kang orang kata perasan sediri lak..hehe..layan aje lah..

Jumaat, 14 Januari 2011

anak si yellow pink mencari ibu tempat bermanja

Dimanakah agaknya ibu kami...agaknya itulah yang ditanyakan oleh anak-anak yellow pink ini setiap hari. Takpe sabar yer anak-anak, suatu hari pasti kan ketemu ibu kamu...sementara itu cuba kita lihat wajah comel anak-anak yang tak beribu ini...moga ada yang mengasihani.....huhu..